Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad.Dana Inspirasi Malaysia YaPEIMInspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).Objektif Inspirasiku adalah Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit. Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) - Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif.Platform kepada masyarakat untuk menyumbang kepada YaPEIM bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40.